Menu
Puasa_(Islam) Niat puasa RamadanTidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam apa-apa bahasa yang difahami. Begitupun, lebih baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.[perlu rujukan]
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa Ramadan kerana Allah Taala.
atau
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Yang Lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.
(nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi ramadana hazihis sanati lillahi taala)
Menurut mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali, bagi puasa Ramadan itu wajib diniatkan pada setiap malam sepanjang bulan tersebut; waktunya mulai terbenam matahari hinggalah sebelum terbir fajar pada malam-malam tersebut. Manakala mazhab Maliki pula menyatakan bagi puasa Ramadan itu, memadai diniatkan sekali sahaja iaitu pada malam pertama dengan meniatkan sebulan penuh.[1]
Lafaz niat puasa Ramadan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.
(Nawaitu sauma syahri ramadana kullihi lillaahi ta’aalaa)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadan ini kerana Allah Taala.
Waktu berniat bermula dari terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardu maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sidik (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Menu
Puasa_(Islam) Niat puasa RamadanBerkaitan
Puasa Puasa (Islam) Puasa berkala Puasa Natal Puasa 19 Hari Puasa Sebagai Penyembuh Penyakit Puaka Cuti Semester Pusat Transformasi Bandar Pusat PERMATApintar Negara Pusat Darah NegaraRujukan
WikiPedia: Puasa_(Islam) http://www.al-azim.com/masjid/seminar/kertaskerja2... http://berkah-puasa.blogspot.com/ http://www.daawah.com/links/islam/puasa/ http://www.e-bacaan.com/artikel_puasa.htm http://www.syariahonline.com/puasa/index.htm http://www.epondok.com.my/index.php?p=arkibkupasan... http://www.ikim.gov.my/bm/artikel/2002/a02-26.htm http://www.islamituindah.my/hukum-gabung-puasa-qad... http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadi... http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/19...